Pasangan Pengantin Di Tongod Terima Insentif RM1,000

TONGOD: Seramai 141 pasangan pengantin baru menerima insentif RM1,000 sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah bagi tempoh Jun 2018 hingga Mac tahun ini.

Paa Selasa, 20 pasangan pengantin telah diraikan dalam satu majlis tradisi iaitu masing-masing 10 pasangan di Dewan Terbuka Tongod dan Penangah.

Kesemua pasangan tersebut menerima insentif yang disampaikan sendiri oleh Masiung dan isteri, Datin Grace Elvira E. Ebin.

“Sumbangan ini merupakan manifesto saya semasa pilihan raya umum pada 2018, ” katanya, semalam.

Masiung berkata, sumbangan itu akan diteruskan sehingga pilihan raya negeri (PRN) akan datang sebagai salah satu agenda domestik untuk anak-anak muda di kawasannya.

Semasa PRN ke-16 pada September 2020 atas tiket Bebas, Masiung dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bermula Januari lalu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *