Sabah Tewas Di Darul Aman

Foto Sabah Football Club

ALOR SETAR: Kedah bangkit mencipta kemenangan pertama musim ini apabila membenam Sabah 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Gol Kpah Sherman dan Kipre Tchetche kembali menceriakan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak selepas gagal mengutip mata pada aksi perlawanan sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat lalu.

Tchetche bagaimanapun tidak menunggu lama apabila meletakkan bola ke dalam gawang Sabah pada minit ke-15 selepas percubaan Sherman terlebih dahulu ditampan pertahanan Sabah.

Gol itu menyebabkan tuan rumah terus bernafsu memburu gol dan selang lima minit kemudian giliran Sherman pula menewaskan penjaga gol Sabah, Robson Rendy selepas mendapat hantaran Kipre Tchetche.

Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto melalui gerakan yang diketuai Amri Yahyah cuba bangkit merapatkan jurang tetapi beberapa percubaan mereka dipatahkan.

Sabah terus menggandakan asakan pada babak kedua untuk memburu gol tetapi gerakan Alto Linus pada minit ke-69 hampir menewaskan Shahril Saari namun berada dalam kedudukan ofsaid.

Gerakan Boby Gozales dan Arjusdius Jais dua minit kemudian juga gagal apabila ditangkap kemas Sharil dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *