ESSCom Gagalkan Penyeludupan Ketum Di Kalabakan

TAWAU; 8 MARCH 2021 (Isnin) : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan air ketum selepas menahan empat lelaki memiliki 20 bungkus air ketum dan 11 kilogram daun ketum yang disembunyikan di dalam sebuah van di Road Chek Point (RCP) Kalabakan, kelmarin.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, kesemua suspek merupakan warga tempatan berumur 24 hingga 72 tahun itu ditahan sepasukan anggota PGA yang sedang melakukan rondaan di Pusat Pemeriksaan Daratan di kawasan berkenaan dan telah memeriksa van dinaiki suspek yang dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 3.30-petang.

Katanya, hasil pemeriksaan telah menemukan dua kotak yang disembunyikan di bahagian belakang van mengandungi 20-bungkusan disyaki cecair air ketum dan 11 kilogram daun ketum.

Turut dirampas van dinaiki suspek dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM121,310.00.

DCP Datuk Ahmad Fuad berkata, kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan lanjut.Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1112