Pintu Kaabah Dibuka Untuk PM

Muhyiddin mencium Hajarul Aswad ketika menunaikan ibadah umrah.

MAKKAH: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di sini, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang memasuki Kaabah.

Isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan Umrah hari ini.

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula semalam atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri dan isteri selesai menunaikan Umrah pada jam 10 malam, Sabtu (3 pagi Ahad waktu Malaysia). – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2333