132 Pala’u Bergelandangan Sekitar Kota Kinabalu Dipindahkan

Kumpulan etnik Pala’u terutama kanak-kanak bergelandangan berisiko menjadi penyebar Covid-19.

KOTA KINABALU: Seramai 132 orang terdiri daripada kumpulan etnik Pala’u yang tidak mempunyai taraf warganegara dipindahkan setelah didapati bergelandangan di sekitar Kota Kinabalu dalam satu operasi bersepadu ‘Ops Bangau’ semalam.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan operasi bermula 8.30 pagi itu dilaksanakan bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Imigresen di sekitar kawasan Sembulan serta Inanam dan berterusan hingga Ahad (7 Mac) ini.

Kumpulan etnik Pala’u terutama kanak-kanak bergelandangan berisiko menjadi penyebar Covid-19.

“Warga Pala’u ini akan dikumpulkan dan disaring Covid-19 terlebih dahulu sebelum dihantar ke Depo Imegresen untuk tindakan selanjutnya…dalam tempoh pengasingan mereka akan ditempatkan di penempatan sementara bagi menunggu keputusan saringan Covid-19.

“DBKK bertindak atas dasar kemanusiaan untuk menempatkan mereka sehingga diambil alih oleh agensi berkaitan. DBKK juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada RELA dan Jabatan Imigresen yang telah bersama-sama DBKK dalam operasi ini melibatkan seramai 75 anggota,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan etnik Pala’u terutama kanak-kanak bergelandangan berisiko menjadi penyebar Covid-19.

Isu kumpulan etnik Pala’u yang bergelandangan sekitar Sembulan dan Inanam tular di laman sosial baru-baru ini apabila dilaporkan mereka datang ke bandar raya ini dan membuat penempatan haram sekitar kawasan itu selain menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Bernama dalam satu rencana bulan lepas memaparkan kumpulan etnik Pala’u terutama kanak-kanak bergelandangan juga meminta sedekah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu mendedahkan mereka kepada Covid-19 dan merisaukan penduduk sekitar kerana kumpulan ini boleh menjadi penyebar pandemik tersebut. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Kumpulan etnik Pala’u terutama kanak-kanak bergelandangan berisiko menjadi penyebar Covid-19.
Kumpulan etnik Pala’u terutama kanak-kanak bergelandangan berisiko menjadi penyebar Covid-19.
4992