SRPM Sabah Tahan Pengurus Ladang Disyaki Pecah Amanah Tabung Pekerja

SANDAKAN: Seorang pengurus ladang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan wang tabung pekerja ladang berjumlah kira-kira RM20,000 pada 2018.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira- kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan. 

Menurut sumber, wang tersebut telah dikeluar oleh suspek menerusi enam keping cek sebuah bank.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan esok.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *