KWSP Umum Dividen 5.2% Bagi Simpanan Konvensional, Shariah 4.9%

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.2% bagi simpanan konvensional dan pada 4.9% bagi simpanan shariah untuk tahun kewangan 2020.

Ia melibatkan agihan RM42.88 bilion bagi simpanan konvensional dan RM4.76 bilion bagi simpanan shariah serta jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion, katanya dalam kenyataan.

Angka itu sedikit rendah berbanding 5.45% bagi simpanan konvensional dan 5.0% bagi simpanan shariah pada 2019, masing-masing melibatkan agihan RM41.68 bilion dan RM4.14 bilion ketika itu.

Namun, angka ini lebih tinggi berbanding 4.25% yang dilaporkan Amanah Saham Nasional Bhd.

Ia juga jauh lebih tinggi daripada tawaran bank untuk simpanan tetap, yang ditawarkan antara 1.8% hingga 2.2%, bergantung pada jumlah dan jangka masa.

Perkembangan ini berlatarkan jangkaan pembayaran yang lebih rendah ekoran kesan pandemik ke atas ekonomi sejak tahun lepas.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1750