Semua Stesen Taman-Taman Sabah Akan Dibuka Bermula Esok

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Semua pejabat dan stesen Taman dibawah Taman-Taman Sabah akan mula dibuka bermula esok, kecuali bagi aktiviti pendakian Gunung Kinabalu yang masih belum beroperasi.

Taman-Taman Sabah (TTS) melalui paparan Facebook rasmi memaklumkan operasi pejabat dan stesen TTS akan dibuka semula kepada orang awam dan pelawat bermula esok dengan had pelawat 100 orang bagi setiap hari untuk setiap destinasi lawatan termasuk sub-stesen dan pulau.

Untuk aktiviti pendakian Gunung Kinabalu akan diumumkan kemudian.

Bagaimanapun, semua aktiviti yang dibenarkan dalam Taman tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), TTS dan Peraturan-peraturan Pencegahan Covid-19 yang sedang berkuat kuasa.

Pejabat dan stesen yang dibuka termasuk Ibu Pejabat TTS; Taman Kinabalu; Taman Tunku Abdul Rahman; Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu; Taman Banjaran Crocker, Keningau; Taman Bukit Tawau, Taman Pulau-Pulau Penyu, Sandakan; Taman Marin Tun Sakaran, Semporna; Taman Pulau Sipadan, Semporna dan Taman Tun Mustapha, Kudat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *