PGA Tawau Berkas Dua Pengedar Dadah Miliki Pistol Buatan

Gambar PGA Tawau

TAWAU; 23 FEBRUARI 2021 : Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau berjaya menahan dua lelaki warga asing disyaki Pengedar Dadah memiliki sepucuk pistol buatan sendiri bersama sebutir peluru dalam satu serbuan menerusi Op Benteng COVID di sebuah ladang sawit di Batu 10 Kalabakan, ahad lepas.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, DSP Abd Halim Ahmad berkata, kejayaan tangkapan itu merupakan hasil maklumat awam yang diterima pihaknya, Selepas bertindak melakukan serbuan di sebuah pondok di lokasi berkenaan kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, hasil serbuan tersebut mendapati dua lelaki warga asing masing-masing berumur 40 dan 47 tahun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah berada di dalam pondok berkenaan.

Gambar PGA Tawau

Sususlan itu, pemeriksaan dijalankan telah menjumpai sebuah beg berwarna hitam dipercayai milik salah seorang suspek mengandungi sepucuk pistol buatan sendiri, sebutir peluru yang telah diubah suai dan sebuah bekas yang didalamnya terdapat 20 peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki Dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 5.36-gram, dengan anggaran harga pasaran bernilai 536-ringgit.

Menurutnya lagi, turut dijumpai di dalam beg tersebut, sebilah pisau berukuran 18-sentimeter panjang dan sebilah keris berukuran 13 sentimeter panjang.

Kedua-dua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

SumbeR: BES TAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *