Pembayaran i-Lestari Bagi Minggu Pertama Bulan Mac Diawalkan, Dibayar Pada Hujung Februari

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa pembayaran i-Lestari yang dijadualkan pada minggu pertama bulan Mac ini akan diawalkan kepada minggu akhir bulan Februari.

Menurut KWSP, pembayaran awal tersebut dilakukan bagi melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac ini.

Bagi ahli yang menerima bayaran sepanjang minggu ini pula, tiada bayaran i-Lestari akan dibuat bagi bulan Mac.

https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/posts/10158973317653399

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *