Amaran Ribut Dujuan Berhampiran Perairan Sabah

KOTA KINABALU: Ribut tropika Dujuan dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam, berada kira-kira 1,271 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah, setakat 5 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kedudukan ribut itu pada waktu yang sama ialah di latitud 8.6 utara dan longitud 129.3 timur kira-kira 425 km ke timur laut Davao, Filipina.

Menurut kenyataan itu, ribut tropika itu bergerak dengan kelajuan 15km/j ke arah barat laut dan boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *