SPRM Sabah Buru Lelaki Menyamar Sebagai Pegawainya, Palsu Dokumen

Mohd Nazim diburu SPRM.- Gambar ihsan SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kini sedang giat memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan pemalsuan dokumen serta penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Mohd Nazim AG Abdullah, 45, kad pengenalan bernombor 760515-12-5403.

Menurut jurucakap SPRM, suspek mempunyai alamat terakhir di No 1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 atau 088-488381.

“Maklumat boleh disalurkan menerusi emel ke alamat [email protected],” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *