
TUARAN: Kakitangan Hospital Tuaran berhadapan detik cemas selepas sederet blok kuarters enam pintu terbakar kira-kira jam 1.45 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Kohd Abdul Qawie Abdul Gapar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.45 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi sejauh lima kilometer dari jarak balai.
“Sebaik tiba pasukan bomba melaksanakan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain.
“Kebakaran menyebabkan sederet blok kuarters enam pintu separuh kekal seluas 200X50 kaki persegi terbakar keseluruhan,” katanya.
Menurutnya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Tambahnya pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan tiada punca api yang boleh mencetuskan bahaya kebakaran sebelum menamatkan operasi keseluruhan pada jam 4.57 pagi. – Utusan Borneo
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost