COVID-19: Dua Kluster Baharu Di Penampang Berpunca Dari Pekerja Restoran

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Kes positif baharu di Sabah meningkat kepada 114 kes dengan dua kluster baharu dan tiga kes kematian.

Dua kluster baharu dilaporkan di Penampang iaitu kluster Lot Satu dan kluster Lot Tujuh yang mana, kedua-duanya kes indeks membabitkan pekerja restoran.

Kluster Lot Satu mencatatkan sembilan kes positif manakala, kluster Lot Tujuh mencatatkan lapan kes positif.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tiga kes kematian itu adalah dua kes di Tawau dan satu kes di Kinabatangan.

Beliau berkata, daripada 114 kes baharu hari ini, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 17 kes, diikuti dengan Penampang (17), Lahad Datu (15), Tawau (12), Kota Belud (11), Tuaran (9), Keningau (8), Sandakan (7), Kalabakan (4), Kota Marudu (3), Semporna (3) serta dua kes di Beluran, Papar dan Tambunan.

Sementara satu kes di Kudat dan Pitas.

Menurutnya, daripada 114 kes positif itu, sebanyak 58 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam kes, saringan kluster baharu dan sedia ada 37 kes, pra kemasukan wad/rawatan tiga kes, saringan tempat kerja/masuk kerja lima kes dan lima kes adalah dari lain-lain kategori.

Kes pulih hari ini sebanyak 131 kes dengan bilangan kumulatif 50,237 kes.  Manakala, kematian di Sabah bertambah menjadi 367 kes.

Setakat ini, sebanyak 51,769 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 897 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 345 orang di hospital dan 549 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta tiga orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Terdapat 56 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah 5,891 katil dan peratus penggunaan adalah 15.23 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *