
KUALA LUMPUR: Pemansuhan kriteria i-Sinar akan membabitkan perubahan kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan ringkasnya berkata, ini bagi memastikan permohonan boleh dibuat secara mudah dan selamat bagi membantu ahli bertahan ketika tempoh mencabar ini.
“Oleh itu, KWSP amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan ini dilaksanakan,” katanya.
KWSP berkata, ia mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini berkenaan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar bagi memberi lebih ramai ahli bantuan kewangan melalui simpanan Akaun 1.
“Maklumat lanjut berkenaan perkara ini akan diumumkan oleh KWSP di saluran-saluran komunikasi rasmi.
“Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP. – BH Online
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost