COVID-19: Bayi 4 Bulan Antara Korban Terbaharu Di Sabah

Kes kematian ke-812 itu merupakan korban termuda akibat virus COVID-19 selepas bayi berusia setahun disahkan meninggal dunia tahun lepas. – Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia empat bulan merupakan antara 17 kes kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan di negara ini pada Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

“Kes ke-167032 yang melibatkan bayi warga tempatan itu dilapor mempunyai latar belakang penyakit iaitu masalah jantung,” jelasnya.

Kes kematian ke-812 itu merupakan korban termuda akibat virus COVID-19 selepas bayi berusia setahun disahkan meninggal dunia tahun lepas.

Sebelum ini, seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun disahkan meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Semporna, Sabah.

Pada Khamis, Malaysia merekodkan peningkatan kes positif COVID-19 dengan sejumlah 4,571 lagi kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes tersebut membawa Selangor sebagai negeri tertinggi merekodkan kes baharu iaitu 2,056 yang dilaporkan, diikuti Johor sebanyak 664 lagi kes dan Kuala Lumpur dengan 481 kes. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *