COVID-19: 4,284 Kes Baharu Hari Ini Dengan 18 Lagi Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,284 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,284 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 226,912 kes secara keseluruhan.

Daripada 4,284 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 4,278 merupakan kes tempatan manakala 6 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 48,309 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 307 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 141 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 3,804. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 177,794 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 18 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 809 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *