(VIDEO) Wanita Kurang Siuman Ditahan Kerana Pecahkan Kereta

PENAMPANG: Seorang wanita kurang siuman ditahan polis selepas bertindak merosakkan beberapa kenderan di parkir di hadapan Plaza 333, di sini, semalam.

Kejadian yang sempat dirakam orang awam sebelum tular di media sosial memaparkan wanita terbabit memecahkan cermin kenderaan menggunakan batang paip besi.

Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu kemudian bertindak menahannya sebelum anggota polis dari Unit Kenderaan Peronda (MPV) IPD Penampang tiba dan terus menahan wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu, jam 7.42 malam.

Katanya, hasil daripada siasatan mendapati wanita itu dipercayai tidak siuman dan bertindak merosakkan kenderaan yang parkir di kawasan berkenaan.

“Wanita itu sudah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, seramai tiga individu dipercayai pemilik kereta telah dikenal pasti dan dua daripada sudah membuat laporan polis.

“Hasil daripada rakaman percakapan semua mangsa, mereka tidak mahu meneruskkan tindakan kerana wanita itu adalah seorang yang kurang siuman.

“Mereka membuat laporan untuk tuntutan insuran sahaja,” katanya. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4740