PKP: 25 Individu Dikompaun Di Sandakan

Foto Facebook IPD Sandakan

SANDAKAN: Pasukan Pemantau Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) IPD Sandakan, mendapati masih terdapat individu yang tidak mematuhi SOP sedang berkuatkuasa.Dalam tempoh 24 jam operasi yang dijalankan kelmarin, seramai 25 individu dalam lingkungan umur 17 hingga 25 tahun dikesan melakukan pelbagai perlanggaran SOP PKP.

Lokasi tumpuan operasi dijalankan ialah di Pasar Umum Pusat Bandar, Pasar Karamunting, Bandar Sibuga dan Bandar Indah Jaya.

Antara kesalahan yang dikesan, ialah menaiki kenderaan melebihi dua orang, tiada penjarakan sosial, tidak menyediakan QR Code My Sejahtera di Premis dan tidak memakai pelitup muka dengan betul di tempat awam.

Kesemua individu ditahan dibawah Peraturan 16(1) Peraturan Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM 1000 yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

Kepada warga daerah ini, dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang berkuatkuasa, kerana tindakan tegas menanti anda bagi yang ingkar. – IPD Sandakan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1928