Pemandu Tercampak Keluar Dari Kenderaan Akibat Terlanggar Lopak

Keadaan Toyota Hilux yang terbabas selepas melanggar lopak air di Batu 7 Jalan Apas, Tawau, petang semalam. Foto ihsan polis

TAWAU: Lelaki parah selepas tercampak dari Toyota Hilux kenderaan pacuan empat roda dipandunya di Batu 7, Jalan Apas, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, Ahmad Tang Bakri, 27, mengalami kecederaan pada bahagian kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Indah menuju ke pusat bandar.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dikatakan hilang kawalan dipercayai terlanggar lopak air di jalan raya sebelum terbabas ke pembahagi jalan.

“Keadaan hujan ketika itu menyebabkan Toyota Hilux dipandu mangsa terbalik lalu memasuki ke laluan bertentangan dan terhumban ke parit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dibantu orang awam yang melalui kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pagi ini.

Peter berkata, kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, bumbung, cermin pintu hadapan pecah selain rim serta tayar belakang pecah.

“Pasukan paramedik bersama ambulans membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – HMetro

Update Terkini: Menurut sumber yang boleh dipercayai mangsa kemalangan telah meninggal dunia di Hospital Tawau. Salam takziah kepada seluruh keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

https://www.facebook.com/hir.onebucks/posts/4240801075937181

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *