
KOTA KINABALU: 16 Jan : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin.
MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan, kawasan yang terlibat di Sabah pula kawasan terlibat termasuklah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat, Kudat, Telupid, Beluran dan Sandakan.
Amaran yang sama juga dikeluarkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan. – BERNAMA