Covid-19: Kes Di Sabah Meningkat Kepada 450 Kes

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini meningkat kepada 450 kes dengan tiga kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiga kematian hari ini dilaporkan di Kudat, Tawau dan Papar.

Beliau berkata, daripada 450 kes baharu hari ini, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 60 kes, diikuti Lahad Datu (51), Penampang (50), Sandakan (44), Putatan (36), Kudat (29), Tawau (27), Kota Belud (22), Keningau (19), Kunak (19), Papar (16), Kinabatangan (11), Beaufort (10), Tambunan (9), Tenom (9), Tuaran (6), Sipitang (6) dan lima kes di Kalabakan, Semporna dan Kuala Penyu.

Manakala, Kota Marudu (4), Ranau (3),Tongod (2) dan satu kes di Beluran dan Nabawan.

Masidi berkata, 71.6 peratus atau 322 daripada 450 kes positif hari ini dikesan dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 80 kes, saringan kluster-kluster sedia ada 14 kes dan 34 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, sebanyak 306 kes pulih dilaporkan, dengan kumulatif kes sebanyak 37, 964 kes. Kes kematian di Sabah meningkat kepada 287 kes.

Setakat ini, sebanyak 41,899 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 2,833 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 753 orang di hospital dan 2,080 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 74 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 22 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kapasiti katil di hospital dan PKRC di Sabah adalah sebanyak 6,829 unit dengan peratus penggunaan adalah 41.47 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1491