Tindakan Tegas Sepanjang PKP Di Sabah

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, penguatkuasaan itu dilakukan dalam usaha membendung penularan wabak pandemik Covid-19.

Katanya, PKP wajar dikuatkuasakan semula berikutan jumlah kes positif meningkat hampir setiap hari.

“Fokus PDRM adalah menguatkuasakan SOP sepenuhnya dan kali ini memang tiada nasihat atau teguran.

“Sekiranya berlaku kesilapan atau perlanggaran SOP, pasukan pemantau PDRM akan terus mengeluarkan kompaun,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, di sini, malam tadi.

Hazani berkata, IPK Sabah mengalami tekanan lebih hebat berbanding kontinjen lain di Semenanjung dan Sarawak kerana terpaksa menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, walaupun PKP dan sebagainya dilaksanakan sama dengan negeri lain.

Beliau berkata, amat wajar PKP dilaksanakan semula walaupun terdapat hujah berkaitan seperti persoalan sekiranya PKP dilaksanakan, bagaimana dengan ekonomi dan sebagainya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *