TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Catat Rekod Tertinggi Dengan 3,309 Kes, Sabah Antara Catat Kes Tertinggi

Putrajaya, 12 Jan : Sebanyak 3,309 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, sekaligus menjadi jumlah harian tertinggi dicatatkan setakat ini. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 141,533 kes, tulis Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi.

Menurut kemaskini KKM, kira-kira 78 peratus kes baharu datang dari negeri-negeri yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal dilaksanakan Rabu ini.

Antara negeri tersebut adalah Selangor, 1,007 kes, Johor, 442 kes dan Sabah, 409 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,469 kes sembuh telah direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyal 78.1 peratus, bersamaan 110,584 kes.

Seramai 190 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi di mana 83 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan pertambahan sebanyak empat kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *