Pastikan Jarak 2 Meter Jika Keluar Beriadah – PM

KUALA LUMPUR: Penduduk di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan keluar rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah.

Negeri yang dikenakan PKPB adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan; manakala PKPP dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kebenaran itu diberikan berikutan beliau sedar pengasingan diri untuk satu tempoh yang lama boleh memberi tekanan terhadap kesihatan mental.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan individu yang mahu beriadah perlu memastikan jarak dua meter dengan orang lain pada setiap masa.

KUALA LUMPUR: Penduduk di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan keluar rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah.

Negeri yang dikenakan PKPB adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan; manakala PKPP dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kebenaran itu diberikan berikutan beliau sedar pengasingan diri untuk satu tempoh yang lama boleh memberi tekanan terhadap kesihatan mental.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan individu yang mahu beriadah perlu memastikan jarak dua meter dengan orang lain pada setiap masa. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *