COVID-19: 2,643 Kes Baharu, 16 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan abhaawa bilangan kes yang telah sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2, 708 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 105,431 kes (80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,643 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 131,108 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,140 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,641 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,666 kes adalah warganegara Malaysia (63 peratus) dan 975 kes adalah bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 170 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1168