COVID-19: 3,027 Kes Baharu, Tertinggi Setakat Ini

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 3,027 jangkitan baharu COVID-19 hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif.

“Daripada jumlah itu, 3,021 adalah kes penularan tempatan, manakala enam lagi adalah kes import.

“Terdapat 142 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 63 kes lagi menggunakan bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan di Facebook kementerian itu.

KKM turut melaporkan kes kematian meningkat hari ini kepada lapan orang, ini menjadikan jumlah kumulatifnya kepada 521 kes setakat ini.

Dalam pada itu, kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,145 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh bertambah kepada 102,723 orang di seluruh negara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1351