COVID-19: 1,594 Kes Baharu, 3 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,594 kes sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 106,690 kes setakat Isnin (28 Disember 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 20,643 kes.

Daripada 1,594 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 667 kes dicatatkan, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 164 kes, Johor 161 kes dan lain-lain.Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,181 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 85,592 kes.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 455 kes.

SumbeR: Sidang Media KKM

790