COVID-19: 1,348 Kes Baharu Dan 5 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini memaklumkan terdapat 1,348 kes baharu COVID-19 melibatkan 1,332 kes tempatan manakala 16 lagi merupakan kes import. Pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah positif adalah 98,737 kes.

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa terdapat 710 kes telah sembuh menjadikan jumlah kes sembuh adalah 80,014 kes.

Dalam maklumat pecahan kes baharu mengikut negeri, Selangor pada hari ini masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 535 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 226 kes.

Dukacita dimaklumkan pada hari ini, terdapat pertambahan 5 kes kematian dan menjadikan jumlah kes kematian adalah 444 kes. Ringkasan 5 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini adalah seperti berikut:

1253