COVID-19: 2062 Kes Positif & 8 Kluster Baharu Hari Ini

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pada hari ini Malaysia mencatatkan pertambahan 2062 kes baharu COVID-19.

Menerusi maklumat daripada laman Twitter KKMalaysia itu, kes harian tertinggi dicatatkan di negeri Selangor iaitu dengan 1,014 kes baharu diikuti Kuala Lumpur dengan 504 kes.

KKM juga memaklumkan pada hari ini terdapat 911 kes telah sembuh dan dukacita bahawa terdapat 1 kematian yang dilaporkan.

Tambah maklumat itu, terdapat 8 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini manakala 3 kluster telah diisytiharkan tamat.

Perincian bagi 8 kluster baharu adalah seperti berikut:

KLUSTER PASAR BARU

Kluster ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-85580) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 2,001 individu telah disaring, di mana 309 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER  BUKIT NAGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 58 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER  TAPAK BINA RESIDEN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 640 individu telah disaring, di mana 294 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER  TAPAK BINA KASIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 392 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER  TAPAK BINA SINAR VIEW

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 510 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PAGINATAN

Kluster ini melibatkan daerah Ranau, Papar,  dan Kota Belud di Sabah. Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-85057) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMPOI JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88947) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER RAPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87874) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *