KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan pelanggan berkeluarga yang datang dari rumah yang sama untuk duduk semeja semasa makan di restoran mengikut kapasiti asal meja makan tersebut.
Keputusan ini dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, kelonggaran ini bagi membolehkan mereka yang berkeluarga dapat makan bersama di restoran tanpa perlu duduk berasingan.
Sebelum ini, kerajaan Sabah hanya membenarkan kapasiti 50 peratus pelanggan di meja makan di restoran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam perkembangan lain, kerajaan Sabah juga bersetuju memberi kelonggaran kepada rakyat Sabah yang berada di negara Brunei untuk masuk ke Sabah tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.
Bagaimanapun, individu tersebut diwajibkan menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Ag Covid-19.
Keputusan ujian saringan tersebut mestilah dalam tempoh satu hingga tiga hari sebelum perjalanan masuk ke Sabah. – BorneoToday
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost