Kes COVID-19 Di Sabah Masih Bahaya – Masidi

Petugas Pejabat Kesihatan Sandakan mengambil sampel dari seorang pengguna jalan raya pada sekatan jalan raya sewaktu Operasi Pematuhan SOP PKPB di Jalan Leila, Sandakan semalam. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Penurunan kes positif COVID-19 di Sabah sejak beberapa hari lalu disifatkan masih bahaya kerana ia kekal dalam lingkungan tiga angka, kata jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

“Kita masih dalam lingkungan yang bahaya. Tiga angka kes harian positif COVID-19 ketika ini tidak membuatkan kita selesa, lebih-lebih lagi masih ada turun naik kes.

KOTA KINABALU: Penurunan kes positif COVID-19 di Sabah sejak beberapa hari lalu disifatkan masih bahaya kerana ia kekal dalam lingkungan tiga angka, kata jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Masidi Manjun

“Kita masih dalam lingkungan yang bahaya. Tiga angka kes harian positif COVID-19 ketika ini tidak membuatkan kita selesa, lebih-lebih lagi masih ada turun naik kes.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dijadualkan tamat pada 6 Disember ini akan ditamatkan atau sebaliknya.

Masidi berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Sabah, kes positif COVID-19 di Sabah masih menunjukkan turun naik iaitu daripada 441 kes pada 27 November lalu kepada 476 kes (28 November), 290 kes (29 November), 326 kes (30 November), 267 kes semalam dan 229 kes hari ini.

Katanya, kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek termasuk ekonomi dan situasi semasa kes jangkitan COVID-19 di Sabah dalam beberapa hari menjelang tamatnya tempoh PKPB sekarang.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan membuat penilaian dan analisa mengenai situasi semasa COVID-19 di negeri ini dan memberikan nasihat berhubung perkara itu kepada kerajaan negeri.

“Keputusan sama ada untuk melanjut atau menamatkan PKPB atau melaksanakan sebarang bentuk langkah kawalan yang lain akan mengambil kira kepentingan semua sektor tertakluk kepada nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sehubungan itu, kerajaan berharap rakyat bersabar menunggu pengumuman rasmi berhubung perkara ini. Kerajaan merayu semua pihak terus mematuhi arahan pihak berkuasa dan SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Mengulas lanjut, Masidi bagaimanapun, berkata jika PKPB diteruskan, kerajaan boleh melonggarkan beberapa syarat atau SOP mengikut situasi semasa.

“Kalau situasi di Sabah bertambah baik sepanjang minggu ini, mungkin kita boleh melonggarkan syarat PKPB seterusnya,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *