Covid-19: Dua Keluster Baharu Dikesan Di KK

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sebanyak 267 kes positif baharu Covid-19 dan dua lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah semalam.

Dua kluster ini adalah kluster View Kolombong yang dikesan di Kota Kinabalu dan Tuaran dengan 40 kes positif setakat ini dan kluster Talang-Talang juga dikesan di Kota Kinabalu dengan 18 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan di Sabah membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara yang berusia antara 24 hingga 64 tahun.

Tiga kematian ini dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth dengan dua kes serta satu kes di Hospital Tawau. Kebanyakan kes mempunyai sejarah penyakit kronik.

Dengan tambahan tiga kes itu, bilangan kumulatif kes kematian yang direkodkan adalah 363 kes. Manakala bilangan kumulatif kematian di Sabah sebanyak 212 kes.

Secara keseluruhan sebanyak 1,472 kes baharu dilaporkan di Malaysia. Daripada jumlah keseluruhan kes itu, 1,467 kes jangkitan tempatan dan lima kes import.

Bilangan kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,552 kes iaitu lebih tinggi berbanding kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Dengan itu, bilangan kumulatif kes sembuh adalah 56,311 kes atau 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambahan kes baharu hari ini menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 67,169 kes.

Sebanyak 10,495 kes aktif dengan 120 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 44 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4945