COVID-19: 851 Kes Baharu, 2 Kematian

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 kembali tiga angka iaitu 851 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 68,020 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan kes berkenaan ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 10,686 kes.

Beliau berkata, hanya empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan hari ini manakala kes penularan tempatan menunjukkan Selangor mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi iaitu 249 kes bersamaan 74.6 peratus daripada 334 kes dicatatkan dalam di Lembah Klang.

“Selain itu, negeri kedua yang mencatatkan kes harian tertinggi hari ini ialah Sabah iaitu 229 kes atau 26.9 peratus, ia diikuti Johor dengan pertambahan 102 kes baharu bersamaan 12 peratus,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 658 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya di negara ini sebanyak 56,969 kes atau 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, beliau berkata, dua kes kematian dilaporkan hari ini di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 365 kes atau 0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, kes kematian ke-364 membabitkan kes 65,961 iaitu lelaki warga tempatan berusia 64 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis manakala

kes kematian ke-365 ia membabitkan kes 65,962 iaitu lelaki warga asing berusia 63 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan asma. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *