
PUTRAJAYA: Kita sedia maklum bahawa pembukaan semula penggunaan masjid dan surau untuk solat berjemaah dan solat Jumaat telah dibenarkan sepenuhnya oleh kerajaan selepas beberapa bulan ditutup untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang melanda negara kita.
Menerusi kenyataan media daripada Menteri Hal Ehwal Agama mengenai perlaksaan Solat Jumaat dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diperluaskan mengikut tiga perkara yang dicadangkan oleh kerajaan iaitu;
- Memberi kebenaran kepada surau dan dewan yang sesuai untu mendirikan Solat Jumaat
- Memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang di masjid dan surau Jumaat yang sedia ada.
- Dalam perlaksanaan tersebut, pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

KENYATAAN MEDIA
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) July 3, 2020
PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT, SOLAT BERJEMAAH DAN MAJLIS ILMU DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI MASJID, SURAU JUMAAT DAN SURAU@jpmgov_ pic.twitter.com/nvNzTdbzbY
Sumber: Dr Zukifli Al Bakri