COVID-19: Kes Baharu Di Tawau Dikesan Di Penjara

KES BAHARU DAERAH TAWAU DIKESAN DI ‘PENJARA’

TAWAU; 29 JUN 2020 (Isnin) – Satu dari dua kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Sabah kelmarin dikesan di Tawau menjadikan kes kumulatif bagi daerah Tawau meningkat ke angka 88 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam kenyataannya berkata, bagi kes di Tawau, kes tersebut dikategorikan sebagai jangkitan tempatan melibatkan lelaki bukan warganegara dikesan melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Penjara Tawau.

Katanya, kes berkenaan telah dimasukkan ke wad Hospital Tawau untuk dirawat. Sementara kes masih dalam siasatan lanjut pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau.

Dengan pertambahan kes tersebut, Tawau merekodkan terdapat dua kes aktif yang masih dirawat.

Dalam pada itu, satu lagi kes bagi negeri Sabah dikesan di daerah Nabawan menjadikan kes kumulatif bagi seluruh negeri meningkat 370 kes.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

7405