Blok Bangunan Sebuah Sekolah Di Tawau Musnah Terbakar

Blok bangunan pentadbiran SK Sungai Haji Matahir, musnah dalam kebakaran petang tadi.

TAWAU: Sebuah blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Matahir, Merotai, dekat sini, musnah dalam kebakaran jam 2.15, petang tadi.

Ketua Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada jam 2.19 petang.

Blok bangunan pentadbiran SK Sungai Haji Matahir, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Katanya, seramai 12 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Lori Tangki Air, dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba 20 minit kemudian.

“Sejurus tiba, bangunan berkenaan sudah terbakar 90 peratus sebelum anggota bomba memulakan kerja-kerja memadam kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.10 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, berikutan tiada murid di sekolah pada waktu kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami.

Blok bangunan yang musnah terbakar adalah bahagian pentadbiran, menempatkan beberapa bilik termasuk bilik Guru Besar.

Selain bilik Guru Besar, blok terbabit juga menempatkan bilik Penolong Kanan, Pusat Sumber dan Bilik Akses (Komputer) yang semuanya hangus terbakar.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Blok bangunan pentadbiran SK Sungai Haji Matahir, musnah dalam kebakaran petang tadi.
Blok bangunan pentadbiran SK Sungai Haji Matahir, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *