30 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna

190 rumah di atas air berjaya diselamat daripada hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

SEMPORNA: Lebih 30 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Aman dekat sini, kira-kira jam 1.30 awal pagi tadi.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di situ sebelum merebak ke kediaman lain sekitar penempatan atas air berkenaan.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.33 pagi sebelum sepasukan 24 anggota bersama tiga jentera ke lokasi kejadian.

190 rumah di atas air berjaya diselamat daripada hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak memusnah sebahagian rumah papan atas air membabitkan keluasan 0.6 hektar terbakar sepenuhnya.

“Bagaimanapun anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan menyelamatkan 190 rumah berdekatan sebelum api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Fazizul berkata, pihaknya turut mendapat bantuan tiga lori tangki air masing-masing dari Balai Bomba Kunak dan Tawau serta Jabatan Air Semporna.

190 rumah di atas air berjaya diselamat daripada hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Katanya, laporan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa di laporkan dan operasi ditamatkan pada jam 5.10 pagi.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat Unit Forensik Kebakaran,” katanya. – Berita Harian

1052