Kemukakan Surat KKM Sebaik Tiba Di Sabah

KOTA KINABALU: Semua penjawat awam, pekerja sektor swasta serta warganegara yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan perlu mengemukakan surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik saja tiba di negeri ini.

Pengarah kesihatan negeri, Datuk Dr Christina Rundi, berkata ia selaras dengan kenyataan dibuat kerajaan negeri semalam yang memutuskan untuk membenarkan semua perjalanan memasuki ke Sabah sama ada melalui udara, darat dan laut oleh penjawat awam, kakitangan sektor swasta dan warganegara Malaysia,termasuklah rakyat Sabah yang berada

di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Setakat ini, anggota essential services dinasihatkan untuk membuat ujian makmal sebelum memasuki negeri ini sebagai syarat pengecualian kuarantin.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) perlu mengetahui keputusan ujian COVID-19 bagi individu yang memasuki Sabah untuk memastikan tiada penularan jangkitan yang dibawa masuk daripads luar,” katanya menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Christina menyatakan selain saringan di pintu masuk antarabangsa, JKNS juga telah membuat banyak aktiviti saringan bersasar dalam kalangan mereka yang berisiko dan berjaya mengesan kes jangkitan tempatan.

“Menerusi pembukaan semula sektor ekonomi, JKNS turut terus menjalankan aktiviti survelan bagi memastikan rangkaian jangkitan COVID-19 dalam masyarakat dapat diputuskan.

“Keadaan penularan wabak COVID-19 di Sabah ketika ini masih terkawal tetapi ia masih belum berakhir,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *