Covid-19: Tiada Kes Baharu & 3 Lagi Sembuh Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Tiga lagi pesakit jangkitan Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 329.

Ini bermakna jumlah kes aktif turut menurun tiga kes iaitu sebanyak 12 berbanding 15 semalam.

Ia juga berikutan tiada pertambahan kes baharu dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 346.

Statistik terbaharu itu dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Sementara itu, jumlah daerah yang masih dalam zon kuning bagi kes aktif Covid-19 adalah sebanyak tujuh iaitu Tawau yang mencatat empat kes, Kota Kinabalu (2), Semporna (2), Lahad Datu (1), Kinabatangan (1), Tuaran (1), dan Ranau (1).

Dalam pada itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat sebanyak 2,028, Selangor (1,909), Negeri Sembilan (858), Johor (675), Sarawak (552) dan Pahang (361). – Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *