Covid-19: 80 Sembuh, Tinggal 2 Kes Aktif Masih Dirawat Di Hospital Tawau

TAWAU; 21 MEI 2020 (Khamis) – Daerah Tawau merekodkan satu lagi tambahan kes sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh pesakit COVID-19 seramai 80 orang.

Berdasarkan laporan Infografik dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah semalam, Tawau hanya berbaki 2 kes aktif yang masih dirawat di Hospital Tawau.

Berdasarkan laporan tersebut, Tawau disenarai di zon kuning bagi kes aktif dan berdasarkan kiraan kumulatif, Tawau yang mencatatkan sebanyak 83 kes keseluruhan berada di zon merah bersama dua daerah lain Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Sementara itu, daerah Kunak yang kekal dengan 8 kes, masih berbaki satu kes aktif masih dirawat yang juga merupakan kes dirawat semula.

Manakala, Daerah Semporna kekal 5 kes dan tiga kes masih dirawat di wad hospital.

Bagi Daerah Lahad Datu, tiada pertambahan kes dilaporkan dan kekal 47 kes dengan rekod sembuh seramai 43 kes. Hanya berbaki 4 kes aktif masih dirawat.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *