Tun M Kini Duduk Di Blok Pembangkang

Dr Mahathir hadir pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perubahan tempat duduk di Parlimen ketika Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini mencuri tumpuan kerana ia adalah sidang kali pertama diadakan selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Mac lalu.

Seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan manakala 107 ahli parlimen termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.

Beberapa Ahli Parlimen kerajaan turut memberikan reaksi mereka menerusi Facebook termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, mengikut cadangan yang dikemukakan, mereka diminta untuk bertukar tempat sesuai dengan perubahan.

“Hari ni depa (mereka) suruh kalih kerusi, saya yang menurut perintah,” katanya.

Sementara Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman pula dilihat bergambar beramai-ramai dengan berjarak bersama wakil rakyat daripada Pas di blok kerajaan.

Ternyata, isu pertukaran tempat duduk menimbulkan tanda tanya rakyat negara ini susulan perubahan kerajaan yang berlaku.

SHAMSUL Anuar bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dan Halimah di Dewan Rakyat. FOTO ihsan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dan Halimah di Dewan Rakyat. FOTO ihsan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

Manakala lima Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berada di blok pembangkang yang diketuai Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, tempat baru kali ini menempatkan dia bersama jiran lamanya iaitu Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Dulu saya pernah berjiran dengan dia (Halimah) selama sepenggal pada 2013, kali ini kami kembali jadi jiran di dalam dewan,” katanya kepada Harian Metro.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

942