Pemandu Maut Tersepit, Lori Terjunam Ke Paya Di Jalan Tawau-Semporna

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas lori membawa muatan kelapa sawit terbabas dan terjunam ke paya. Foto Ihsan Bomba

TAWAU: Pemandu lori membawa muatan kelapa sawit meninggal dunia selepas kenderaan itu terbabas dan terjunam ke paya di KL Kepong Mill 2, Jalan Tawau-Semporna dekat sini, 4.45 petang tadi.

Ahmad Lawila M Lakan, 60, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zulbada Alior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, 4.51 petang.

“Lapan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi sejauh 56 kilometer.

“Sebaik tiba, kami dapati lori terbabit terjunam ke paya. Kami dapat mengeluarkan mangsa namun pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan 6.36 petang. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *