Sektor Peruncitan, Pengangkutan Awam Sabah Beroperasi Semula

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan sektor peruncitan dan makanan serta pengangkutan awam di Sabah untuk beroperasi semula mulai hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada kenyataan hari ini berkata, aktiviti dua sektor berkenaan dibenarkan beroperasi dengan syarat yang telah ditetapkan.

“Bagi sektor peruncitan dan makanan rangkaiannya, antara aktiviti yang dibenarkan

adalah peruncitan membabitkan premis perniagaan runcit dan aktiviti menjual makanan yang membabitkan perniagaan berpremis seperti restoran, medan selera, gerai makan dan sebagainya.

“Selain itu, bagi sektor pengangkutan awam pula, antara aktiviti yang dibenarkan adalah

aktiviti pengangkutan awam darat dan logistik membabitkan perkhidmatan teksi, kereta sewa, e-hailing, bas, kereta api, terminal (bas dan teksi) serta logistik darat pelabuhan,” katanya.

Aktiviti pengangkutan awam maritim yang dibenarkan pula membabitkan perkhidmatan pelabuhan, jeti persendirian, jeti awam (penumpang dan barangan), feri penumpang atau ro-ro domestik dan juga bot penambang.

“Semua aktiviti sokongan yang berkaitan dengan sektor pengangkutan awam juga dibenarkan,” katanya.

Shafie menjelaskan, pelaksanaan semua aktiviti dalam sektor peruncitan dan makanan hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

“Aktiviti rekreasi dan riadah kesihatan di taman awam juga dibenarkan namun pelaksanaannya juga harus mematuhi SOP KKM serta peraturan PBT,” katanya.

Semua aktiviti Perusahaan Kecil danSederhana (PKS) termasuk aktiviti dan rangkaiannya di peringkat luar bandar dibenarkan beroperasi sejak 7 Mei lalu. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *