PKP: PPM Sabah Tahan 66 Individu

Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah. 

SANDAKAN: Seramai 66 individu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata pihaknya membuka 61 kes bagi semua tangkapan berkenaan di seluruh perairan Sabah.

Menurutnya, tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam pada itu, terdapat juga tangkapan yang dibuat membabitkan kes penyeludupan.

“Bagi tempoh sama juga, sejumlah RM8.4 juta nilai rampasan direkodkan,” katamya dalam sidang media di Sandakan.

Mohamad Pajeri berkata, untuk tahun ini pula bermula Januari sebanyak 449 kes tangkapan dilakukan dengan nilai rampasan RM12.9 juta.

“Berdasarkan rekod berkenaan, ia satu kejayaan yang memperlihatkan anggota PPM Wilayah Empat memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas,” katanya.- BH Online

967