Lori Terbalik, Beras Bertabur Di Jalan

Lori terbalik berhampiran bulatan Bandar Sri Indah, Tawau menyebabkan sebahagian muatan beras bertaburan di jalan. Foto Facebook

TAWAU: Sebuah lori yang sarat membawa muatan beras terbalik Batu 10 Jalan Apas, berhampiran bulatan Bandar Sri Indah, dekat sini, petang tadi.

Akibat kejadian itu jam 2.15 petang, puluhan kampit beras bertaburan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati lori itu dipandu lelaki berumur 30-an dari arah pusat bandar menuju ke Lahad Datu.

Bagaimanapun, ketika sampai di bulatan Bandar Sri Indah pemandu lori terbabit gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan sebuah kereta jenis Proton GEN2 yang datang dari arah kanan bulatan itu sebelum terbalik.

“Akibat pelanggaran, lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dan mengakibatkan sebahagian muatan beras bertaburan di jalan,” katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua pemandu tidak cedera. Siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal memberi laluan kepada kenderaan di sebelah kanan ketika berada dalam bulatan.- BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *