Sebuah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Putatan

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah ruamh di Ketiau.

PUTATAN: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Ketiau, Jalan Ketiau Tembovo, di sini tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi tadi dan dua buah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS bersama 12 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba turut dibantu oleh enam anggota bomba Kem Tentera Darat Lok Kawi bersana jentera.

Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal didapati musnah terbakar 100 peratus. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi pemadaman menggunakan dua aliran pancutan air dari jentera. Operasi terkawal pada 12.31 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada 1.18 petang. – BorneoToday

1044