Maut Pulang Dari Tempat Kerja

Fadzil maut dalam kemalangan ketika pulang dari tempat kerja di Jalan Air Panas di Tawau, awal pagi tadi. – Ihsan IPD Tawau

TAWAU: Seorang kontraktor maut dalam kemalangan ketika pulang dari tempat kerja di Jalan Air Panas di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, Fadzil Yan Kassim, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Taman Semarak menuju rumahnya di Taman Sri Bukit Gudang 4, di sini

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai gagal dikawal dan terseret sejauh 29 meter sebelum terbabas ke dalam bulatan Jalan Air Panas.

“Mangsa yang parah di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tawau, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SumbeR: Berita Harian

1257