SPRM Tahan Dua Warga Pakistan Cuba Sogok Polis

Foto JSPT SABAH

 KOTA KINABALU: Dua lelaki warga Pakistan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas cuba menyogok pegawai polis sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap mereka atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Pada kejadian jam 6.25 petang semalam, kedua-dua lelaki terbabit ditahan anggota polis di sekitar Lido, Kepayan di Kota Kinabalu, bersama sejumlah rokok tanpa cukai pelbagai jenis.

Foto JSPT SABAH

Jurucakap SPRM Sabah pada kenyataan berkata, kedua-dua suspek cuba memberi rasuah RM500 dengan niat supaya dilepaskan.

“Anggota polis yang cuba disogok bagaimanapun tidak terpedaya dengan taktik suspek dan terus menahan mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi,” katanya.

Foto JSPT SABAH

Menurut jurucakap, SPRM Sabah merakamkan syabas dan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah kerana ketegasan yang ditunjukkan terhadap penjenayah dan perasuah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy mengesahkan tangkapan kes berkenaan.

SumbeR: HMetro

Foto JSPT SABAH
1297