Sabah Catat ‘Sifar’ Positif Covid-19 Dua Hari Berturut-Turut

KOTA KINABALU: Tiada kes positif Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah dua hari berturut-turut, dengan jumlah keseluruhan kes di negeri ini kekal sebanyak 308.

Sementara itu, tiada kes kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Sabah kekal empat kes iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, sehingga 22 April 2020, sebanyak 50 kes baharu direkodkan dengan jumlah terkumpul positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes. 

11172